Monday 3 October 2011

Agro pelancongan Kuala Serau mampu mengubah pendapatan penduduk

MOHD. Hashim Abdullah (empat dari kanan) dan Wan Rosdy Wan Ismail (dua dari kiri) melepaskan benih ikan kelah, baung dan lampam di Sungai Kuala Serau Hulu Jelai, Kuala Lipis baru-baru ini.



KUALA LIPIS 2 Okt. - Projek Perikanan Rekreasi yang berasaskan agropelancongan Kuala Serau, Hulu Jelai, dekat sini menjadi projek perintis yang mampu mengubah pendapatan penduduk luar bandar dalam bidang ekonomi.

Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd. Hashim Abdullah berkata, projek berkenaan mampu menjana usahawan ternakan di kalangan penduduk tempatan berasaskan sektor perikanan dan pelancongan.


"Aliran Sungai Kuala Serau dan Sungai Jelai di sini sesuai dengan habitat akuakultur dan keindahan alam sekitar Hulu Jelai yang boleh meningkatkan pendapatan mereka.

"Begitu juga kemudahan jalan raya, pusat pemasaran Sungai Koyan dan projek inap desa Kuala Medang serta Tanjong Gahai yang turut merancakkan sektor berkenaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Jabatan Perikanan Bersama Komuniti dan Perasmian Jeti Komuniti Pengurusan Ekosistem Perikanan (KPEP) di Kampung Kuala Serau dekat ini kelmarin.

Hadir sama Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Ahamad Sabki Mahmood; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail dan Pengarah Perikanan Negeri Pahang, Datuk Mohamad Mat Saman.

Pada majlis itu, Mohd. Hashim melepaskan sebanyak 8,500 benih ikan kelah, baung dan lampan di sungai tersebut untuk tujuan pemuliharaan jangka panjang.

Menurut beliau, projek perikanan di kampung itu merupakan serampang dua mata iaitu mereka bukan sahaja menjadi nelayan sungai tetapi menjadi tumpuan pelancong yang mahu menikmati keindahan alam sekitar dan sungai.

"Pelawat juga diperkenal projek sistem tagal bagi membolehkan mereka bersiar di Sungai Kuala Serau sambil memberi makanan, mandi dan bermain dengan ikan air tawar di sungai berkenaan," ujarnya.
Sehubungan itu katanya, penduduk kawasan Jelai perlu peka dan bijak mencari peluang menambah pendapatan menerusi projek tersebut di sungai berkenaan.

"Projek perikanan di sungai itu mampu memberi sumber pendapatan kepada penduduk dan program pemuliharaan oleh kerajaan untuk menjamin spesies akuakultur tidak pupus," katanya.

1 comment:

  1. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

    pengkhususan Syarikat.
    1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
    2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.

    ReplyDelete