Monday 3 October 2011

Usahawan Malaysia perlu perluas pelaburan, pasaran antarabangsa














PERTH 2 Okt. - Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) mengesa para usahawan tempatan mempergiatkan lagi usaha pelaburan di negara-negara luar, termasuk di Australia dalam memperkenalkan baranganbuatan Malaysia.

Pengerusi Matrade, Datuk Mah Siew Keong berkata, para usahawan Malaysia perlu berani dalam usaha meluaskan pelaburan dan pasaran walaupun bakal berhadapan pelbagai halangan dan sekatan.
Menurutnya, semua halangan itu mampu diatasi dengan kesungguhan dan Matrade sedia membantu, termasuk daripada segi subsidi dan pengetahuan.


Jelasnya, antara kelemahan utama dihadapi oleh para usahawan Malaysia ialah daripada segi pembungkusan hingga menyebabkan barangan tempatan sukar menembusi pasaran luar negara.
Di samping itu, kata beliau, Australia kini menjadi antara negara yang berminat menerima barangan buatan Malaysia berdasarkan hubungan rapat kedua-dua negara.

Katanya, kehadiran ramai rakyat Malaysia di Australia dianggarkan hampir 300,000 orang termasuk yang telah menetap di negara berkenaan memberi peluang kepada usahawan tempatan memperluaskan lagi pelaburan mereka.

"Perdagangan antara Malaysia dan Australia dari Januari hingga Jun tahun ini telah mencecah RM20 juta iaitu meningkat 7.3 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
"Nasihat saya kepada usahawan Malaysia ialah mereka jangan menggunakan 'orang tengah' atau negara ketiga untuk memasarkan barangan mereka ke luar negara seperti Australia.
"Daripada segi standard, memang produk kita berkualiti, tetapi kelemahan kita hanya daripada segi pembungkusan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, semalam.

Beliau berkata demikian selepas majlis perasmian Pavillion Malaysia yang mana Malaysia menjadi 'Negara Jemputan' pada pameran Perth Royal Show yang berlangsung dari 1 hingga 8 Oktober.
Pavillion Malaysia dirasmikan secara bersama oleh Siew Keong, Konsul Jeneral Malaysia ke Perth, Hamidah Ashari; Menteri Pemakanan, Pertanian dan Perhutanan Australia, Terry Redman dan Presiden Persatuan Pertanian Diraja, Hugh Harding.

Turut hadir, Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu; Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan dan Industri, Sains dan Teknologi dan Perhubungan Antarabangsa Perlis, Datuk Seri Diraja Syed Razlan Syed Putra Jamalullail serta isteri, Datin Seri Sharipah Hishmah Sayed Hasham dan Presiden Usahawan Makanan dan Industri Asas Tani Sdn. Bhd. (Komita), Sheikh Ahmad Dusuki Sheikh Mohamad.

Pada Pavillion Malaysia, Kominta diberi peranan untuk membawa para usahawan Malaysia memperkenalkan barangan Malaysia di Perth Royal Show. Sebanyak 33 usahawan Malaysia terlibat dalam Perth Royal Show.
Siew Keong berkata, melalui pameran Perth Royal Show, para usahawan Malaysia boleh memperluaskan pelaburan mereka memandangkan terdapat kira-kira 20,000 rakyat Malaysia di Australia Barat. - Utusan

1 comment:

  1. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

    pengkhususan Syarikat.
    1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
    2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.

    ReplyDelete